BINTULU, 19 April: Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di depån lampu isyarat Paragon di sini, malam tadi.
Komander Operasi, Sat Rawing berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.54 malam dengen menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan dua kenderan jenis Toyota Hilux dan Proton Saga.
“Terdapat empat mangsa iaitu seorang lelaki dewasa dan tiga perempuan dewasa berada di dalam kederaan Proton Saga. Dua mangsa wanita berusia 34 dan 44 tahun yang tersepit meninggal dunia manakala dua lagi mangsa berjaya dikeluarkan orang awam,” katanya dałam kenyataan hari ini.
Katanya, dua mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, pemandu
pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini.
“Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.-TVS