Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fatimah (empat kiri) menerima cenderamata daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CENTEXS, Dato Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman. Foto: TVS

CENTEXS Dalat siap hujung tahun ini, tawar program pelbagai bahasa

MUKAH, 19 April: Bangunan kampus kekal Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Dalat dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini sekali gus membuka lembaran baharu dalam pembangunan kemahiran dan sumber manusia di sini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pembinaan pusat latihan teknikal itu merupakan satu langkah strategik dalam memperkasakan generasi muda khususnya dalam bidang berteraskan industri masa hadapan.

“Melalui pendekatan inovatif dan kolaborasi bersama pemain industri, CENTEXS bukan sahaja melatih tenaga kerja mahir, tetapi juga melahirkan insan beretika, berdaya saing dan berjiwa besar,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri CENTEXS Mukah & Dalat 2025 hari ini.

Menurut beliau, antara program menarik yang bakal ditawarkan di CENTEXS Dalat termasuk penubuhan Language Centre yang bertujuan memperkukuhkan penguasaan pelbagai bahasa seperti Melanau, Inggeris dan Mandarin dalam kalangan belia setempat.

“Program Teknologi Fesyen di CENTEXS Dalat juga menerima sambutan menggalakkan daripada komuniti kerana menggabungkan elemen tradisional dan moden. Ia telah berjaya melahirkan ramai usahawan serta tenaga kerja dalam industri fesyen,” tambahnya.

Selain itu, Fatimah berkata CENTEXS turut memainkan peranan penting dalam persediaan Sarawak yang dijangka menjadi negeri penuaan menjelang 2028.

“Program seperti Certificate in Training for Elderly Caregivers (TREC) amat signifikan dalam melatih penjaga profesional serta memperkukuh sistem sokongan komuniti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fatimah menyatakan rasa teruja dengan majlis tersebut yang bertemakan “Inovasi Tech Lebaran” yang menggabungkan elemen kemajuan teknologi dengan semangat perpaduan dan kekeluargaan.

“Ini membuktikan bahawa CENTEXS bukan sahaja berfungsi sebagai pusat latihan teknikal dan kemahiran, tetapi juga sebagai agen penghubung antara kemajuan dan nilai-nilai kemanusiaan,” tambahnya lagi.

Dengan kejayaan penganjurannya, Fatimah berharap program sedemikian dapat diteruskan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar, tenaga pengajar, komuniti dan pihak industri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan