Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala 11 lagi cedera selepas sebuah bangunan empat tingkat runtuh di timur laut Delhi pada pagi Sabtu. Foto media sosial

11 terbunuh dalam insiden bangunan kediaman runtuh di ibu negara India

ByBernama

NEW DELHI, 19 April: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala 11 lagi cedera selepas sebuah bangunan empat tingkat runtuh di timur laut Delhi pada pagi Sabtu.

Tragedi itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi di kawasan Mustafabad, yang terletak di bahagian ibu negara India yang padat dengan penduduk.

Seorang pegawai Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF), yang anggotanya dikerahkan ke lokasi, menyifatkan kejadian itu sebagai “runtuhan lapis ke lapis”, iaitu keadaan apabila setiap tingkat bangunan runtuh terus ke atas tingkat di bawahnya.

“Kami sangka mungkin sesuatu melanggar rumah kami tetapi apabila menjenguk keluar, keseluruhan bangunan sebelah sudah menjadi timbunan runtuhan,” kata seorang jiran seperti dipetik dalam laporan media tempatan.

— TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan