Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak serta isteri hargai sumbangan komuniti Kristian kepada pembangunan Sarawak. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Dr Wan Junaidi hargai sumbangan komuniti Kristian terhadap negeri

ByMuqri Aziz

KUCHING, 18 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar amat menghargai sumbangan yang konsisten daripada komuniti Kristian dalam memperkukuh asas moral, sosial dan pendidikan di wilayah ini.

Astana Negeri Sarawak dalam hantaran di Facebook hari ini bersempena sambutan Good Friday dan Easter berkata Tun Wan Junaidi menegaskan bahawa kepelbagaian agama dan budaya di Sarawak bukan sekadar satu hakikat yang diraikan malah menjadi sumber kekuatan dalam membentuk perpaduan rakyat.

“Di Sarawak, kita bukan sekadar bertolak ansur terhadap perbezaan, kita menyambutnya dengan terbuka dan dalam keterbukaan itu, kita menemui kekuatan.

“Marilah kita terus melangkah bersama, seiring sejalan dengan hati yang ikhlas dan matlamat yang dikongsi bersama demi membina masa depan yang berteraskan keamanan, perpaduan dan persefahaman,” menurutnya.

Dalam menyentuh perayaan Easter, beliau menzahirkan solidariti sebagai seorang Muslim, menghormati makna spiritual perayaan tersebut bagi umat Kristian dan menekankan nilai sejagat seperti kasih sayang, pengorbanan dan harapan yang dikongsikan bersama.

Bukan itu sahaja, beliau juga turut menzahirkan penghargaan terhadap keindahan serta makna yang terkandung dalam sambutan Easter bagi umat Kristian, suatu detik penuh penghayatan terhadap pengorbanan Nabi Isa A.S., serta perayaan kebangkitannya yang membawa mesej abadi tentang kasih sayang, keampunan, pembaharuan dan harapan.

“Easter mengingatkan kita bahawa selepas kesuraman, pasti ada sinar. Ia simbol kebangkitan semula dan pembaharuan, mesej yang sangat relevan merentas agama dan kepercayaan,” katanya.

“Semoga Easter ini membawa ketenangan dalam hati, kegembiraan dalam keluarga dan kekuatan baharu dalam jiwa,” menurut kenyataan itu lagi.

Mengakhiri perutusannya, Tun Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi ingin mengucapkan Selamat menyambut Good Friday dan Easter kepada seluruh komuniti Kristian di Sarawak dan berharap musim perayaan ini membawa kedamaian, kegembiraan dan kekuatan baharu dalam kehidupan umat Kristian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan