Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Sebahagian besar kawasan di Puerto Rico masih terputus bekalan elektrik

ByBernama

MEXICO CITY, 18 April: Sebahagian besar wilayah di pulau Caribbean, Puerto Rico masih berdepan gangguan bekalan elektrik pada Khamis, hampir sehari selepas berlakunya gangguan bekalan di seluruh negara, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Menurut laporan rasmi, bekalan elektrik untuk 780,000 daripada 1.5 juta pelanggan di pulau itu masih belum dipulihkan.

Pengendali grid elektrik swasta, LUMA, menjangkakan tempoh sekurang-kurangnya 48 jam diperlukan bagi memulihkan bekalan elektrik di seluruh pulau.

Gabenor Puerto Rico, Jenniffer González menyatakan gangguan itu berpunca daripada pelbagai kerosakan termasuk kerosakan talian kuasa akibat tumbuhan, selain kegagalan sistem perlindungan grid berfungsi dengan baik hingga menyebabkan semua loji janakuasa ditutup secara automatik.

Beliau turut memaklumkan bahawa lapangan terbang, pelabuhan dan hospital masih dibekalkan dengan tenaga elektrik, namun sebahagian hospital bergantung kepada janakuasa mudah alih.

Sebelum ini, satu lagi gangguan besar berlaku pada malam Tahun Baharu, yang hampir melumpuhkan seluruh pulau.

Rakyat Puerto Rico sejak sekian lama mendesak agar kerajaan menamatkan kontrak dengan syarikat pembekal tenaga swasta itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan