Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lokasi kejadian remaja lemas di sungai Libiki Bamboo Resort, Bau. Foto Bomba

Remaja lemas ketika mandi di Sungai Libiki, Bau

BAU, 18 April: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Libiki Bamboo Resort Bau, petanh tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, jasad Randle Rich Dunstan, 13, dijumpai oleh penduduk kampung di dasar sungai anggaran 10 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Penduduk kampung yang membantu mencari mangsa menjumpai jasadnya pada jam 4.20 petang.

“Mangsa dilaporkan hilang ketika mandi bersama dua rakannya pada jam 11:45 pagi ini,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi.

JBPM Sarawak menerima panggilan mengenai kejadian pada 1:44 tengah hari dan menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau ke lokasi kejadian.

Terdahulu, pasukan bomba melakukan pencarian di permukaan air dalam lingkungan 20 meter dari tempat mangsa kali terakhir dilihat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan