KOTA SAMARAHAN, 18 Apr: Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Pentadbiran Bahagian Samarahan disambut meriah malam tadi dan dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan isteri Datin Amar Baduyah Bujang.
Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri sekitar 500 tetamu merangkumi warga kerja pelbagai agensi kerajaan di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan.
Majlis tersebut sudah pasti menjadi peluang kepada tetamu yang hadir untuk mengeratkan silaturahim dan suasana Aidilfitri dengan penuh keceriaan.
Sebanyak 16 reruai makanan disediakan yang menyediakan pelbagai hidangan tradisional dan moden seperti lemang, ketupat, rendang, kuih dan juadah pencuci mulut.
Lebih menarik lagi, majlis sama turut meraikan 20 anak asnaf dengan menyampaikan sumbangan duit raya disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.-TVS