Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersama Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM), kata Menteri Perpaduan Negara. Foto KPN

Program IPIM diperkenal, perkasa Pendidikan Sejarah, warisan budaya

ByConnie Grace

KUCHING, 18 April: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersama Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM), kata Menteri Perpaduan Negara dalam usaha untuk memperkasa pendidikan sejarah dan warisan budaya negara.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program ini bertujuan untuk memberikan pendekatan pendidikan yang lebih berstruktur dan interaktif melalui gabungan pendidikan formal dan tidak formal.

Katanya, program IPIM direka khusus untuk membantu pelajar sekolah memahami kepentingan sejarah dan warisan budaya negara dengan lebih mendalam.

“Melalui pendekatan ‘hands-on’, pelajar berpeluang untuk belajar dengan menggunakan koleksi muzium sebagai bahan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), yang selari dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah serta Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi mata pelajaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau lagi, program ini juga bertujuan untuk memupuk kefahaman serta kesedaran golongan muda, terutama pelajar, tentang warisan sejarah dan kepelbagaian budaya negara.

“Sebagai negara yang kaya dengan sejarah dan budaya, adalah sangat penting untuk generasi muda memahami dan menghargai nilai-nilai tersebut.

“Program IPIM bukan sahaja bertujuan untuk menyemai rasa cinta terhadap sejarah negara, tetapi juga untuk membangunkan pelajar sebagai warganegara yang bertanggungjawab, berintegriti, dan berdaya saing,” tambahnya.

Beliau juga menekankan bahawa program ini akan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan perpaduan negara melalui pemahaman yang lebih mendalam terhadap warisan yang dimiliki oleh pelbagai kaum di Malaysia.

“Melalui pembelajaran berasaskan muzium, pelajar dapat lebih menghargai kepelbagaian budaya yang wujud dalam negara kita, yang menjadi asas kepada kekuatan perpaduan kita sebagai sebuah bangsa,” jelas beliau.

Lebih 41 buah Muzium Persekutuan dan Negeri di seluruh negara akan terlibat dalam pelaksanaan program ini, yang selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI yang mengutamakan hormat dan keyakinan.

Program ini turut menyediakan peluang untuk pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

“Bagi pihak sekolah yang berminat untuk menyertai program ini, permohonan telah dibuka mulai 16 April 2025.

“Sekolah atau guru-guru yang ingin mendaftar boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui pautan https://ipim.jmm.gov.my/.

“Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak yang berminat boleh menghubungi urus setia Unit Pendidikan Muzium di talian 03-2267 1000 sambungan 111/166,” catat kenyataan tersebut.

Program IPIM ini diharapkan dapat memberikan impak yang besar dalam memperkukuhkan pendidikan sejarah di Malaysia, sekaligus menyemai semangat patriotisme di kalangan generasi muda. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan