Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong 2025, di Kuching, malam ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Peranan generasi muda pacu tenaga hijau, pembangunan lestari Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 18 April: Sarawak terus mengorak langkah ke arah pembangunan yang lebih mampan dan berdaya saing, dengan fokus yang tertumpu terhadap tenaga hijau dan ekonomi lestari.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg justeru itu menyeru golongan muda agar bersiap sedia memainkan peranan utama dalam memimpin negeri ini menuju transformasi besar yang akan memanfaatkan sepenuhnya potensi sumber tenaga boleh diperbaharui, seperti hidrogen dan gas metana.

Jelas beliau, Gedong bakal menjadi pusat industri baru berasaskan kelestarian alam sekitar, dengan projek kerjasama bersama syarikat Jepun, Chitose, yang melibatkan penanaman algae untuk menghasilkan biofuel dan produk farmaseutikal, yang dijangka membuka ribuan peluang pekerjaan baru kepada penduduk tempatan.

“Maknanya, Gedong akan mengeluarkan minyak biofuel, iaitu minyak untuk bahan bakar dan juga bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membangunkan ubat-ubatan farmasi.

“Pakar-pakar dari Jepun sudah mula datang ke Gedong dan mereka juga akan melatih anak-anak Gedong untuk menjadi pakar. Sebab itu, apabila perkara ini sudah dijalankan, ia akan menjadi satu usaha baru dan industri baru yang berteraskan alam sekitar serta kelestarian alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong 2025, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Wakil Khas Premier Sarawak di Gedong, Dato Sri Mohd Naroden Majais dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Selain itu, Abang Johari turut menekankan bahawa Sarawak kini berada di landasan yang tepat untuk menjadi peneraju tenaga hijau di Asia Pasifik, dengan menggunakan teknologi hidrogen dan gas metana sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui.

Menurutnya, pengiktirafan daripada World Economic Forum (WEF) di Switzerland baru-baru ini memperkukuhkan lagi potensi Sarawak dalam bidang ini.

“Mereka (WEF) telah membuat kajian dan itulah hasil yang diperoleh daripada kajian tersebut. Oleh itu, yang penting bagi kita adalah kerjasama.

“Politik kita mestilah seiring dan janganlah politik peribadi diutamakan. Kita mesti bersatu dan bersama-sama menggunakan idea-idea baharu dalam usaha membangunkan negeri, termasuklah di Gedong,” ujarnya.

Sehubungan itu,  Abang Johari turut mengajak semua rakyat Sarawak, khususnya di Gedong untuk terus bersatu dan mengambil peluang daripada transformasi besar ini untuk bersama-sama membangunkan negeri ke arah masa depan yang lebih cerah dan lestari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan