Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita tempatan yang juga kakitangan awam di sini kerugian kira-kira RM600,000 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial, bulan Mac 2025. Foto hiasan Envato

Penjawat awam rugi lebih setengah juta terpedaya pelaburan tidak wujud

SIBU, 18 Apr: Seorang wanita tempatan yang juga penjawat awam di sini kerugian kira-kira RM600,000 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial pada Mac lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, mangsa berusia lewat 40-an itu tertarik dengan satu iklan pelaburan yang ditawarkan oleh sebuah syarikat ketika melayari laman sosial.

“Pada awal Mac 2025, mangsa menyatakan semasa berada di rumah, mangsa telah melayari laman Facebook dan tertarik dengan satu iklan pelaburan yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.

“Syarikat pelaburan tersebut, menjanjikan pulangan yang lumayan dalam tempoh yang singkat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, mangsa yang tertarik dan berminat dengan tawaran tersebut telah berurusan dengan wakil syarikat iaitu suspek melalui WhatsApp.

Dalam kejadian ini, mangsa yang terpedaya telah melakukan beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa telah menyedari dirinya ditipu apabila suspek masih meminta mangsa untuk membuat pembayaran lain dan sehingga laporan polis dibuat mangsa masih belum menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan