Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat lelaki dipercayai warga asing ditemui di tebing Sungai Rajang di Sibu pagi tadi. Foto TVS

Mayat kru kapal hilang ditemui terapung di Sungai Rajang

SIBU, 18 April: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui terapung di tebing Sungai Rajang berhampiran Jalan Lanang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, ketika dihubungi mengesahkan penemuan tersebut.

“Polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat sekitar jam 7.10 pagi dan siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa,” katanya ringkas.

Menurut polis, mangsa disyaki kru bot nelayan yang dilaporkan hilang pada 14 April lalu.

Berdasarkan maklumat diperoleh di lokasi kejadian, mayat berkenaan ditemui sekitar jam 7.10 pagi oleh seorang pekerja yang dalam perjalanan untuk mengendalikan tongkang pasir.

Pekerja itu kemudian memaklumkan majikannya dan seterusnya membuat laporan polis.

Pasukan polis termasuk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sibu tiba di lokasi sekitar jam 8 pagi.

Mangsa ditemui tidak berbaju, hanya memakai seluar panjang dan tali pinggang.

Turut kelihatan tatu kalajengking dan labah-labah di bahagian belakang badan.

Tatu tersebut sepadan dengan ciri-ciri seorang warga Myanmar yang dilaporkan hilang selepas keluar ke pekan Sibu bersama dua rakan untuk menukar wang dan membeli barang, tetapi tidak kembali ke kapal.

Mayat mangsa turut mempunyai kesan luka di leher, dipercayai akibat terkena objek tajam semasa jatuh atau dihanyutkan arus sungai.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk bedah siasat. Kes masih dalam siasatan pihak polis.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan