Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai hak untuk tidak mengeluarkan lesen kepada peniaga vape atau rokok elektronik. Foto hiasan Envato

Kerajaan negeri berhak tidak lulus lesen jualan vape – Dzulkefly

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 April: Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai hak untuk tidak mengeluarkan lesen kepada peniaga vape atau rokok elektronik, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata perkara itu selaras dengan peruntukan undang-undang kecil yang membolehkan kerajaan negeri menetapkan dasar penjualan peranti berkenaan di negeri masing-masing.

“Beberapa negeri telah mengambil inisiatif untuk tidak memberikan lesen kepada peniaga vape. Ini adalah hak kerajaan negeri kerana mereka mempunyai ruang dari segi perundangan dan ketetapan dibuat berdasarkan polisi masing-masing,” katanya.

Dzulkefly berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Persidangan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2025, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay bahawa kerajaan negeri boleh mengambil tindakan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape memandangkan produk itu kini dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah sintetik baharu.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata di peringkat Persekutuan, kawal selia penjualan vape adalah mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dilaksanakan secara berfasa mulai 1 Okt tahun lepas.

Pada masa ini, penguatkuasaan Akta 852 masih berada di peringkat advokasi, bagi memberi ruang kepada peniaga menyesuaikan diri dan mematuhi peraturan berkaitan penjualan vape atau rokok elektronik, sebelum tindakan penguatkuasaan sepenuhnya bermula 1 Okt ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan