Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong 2025, di Kuching, malam ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Gedong bakal berubah wajah jadi hab ekonomi baharu

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 18 April: Komitmen Kerajaan Sarawak mengubah wajah Gedong sebagai pusat pembangunan baharu semakin jelas, dengan pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur strategik yang bakal merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi setempat dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, rangkaian jalan raya baharu empat lorong kini sedang dalam pembinaan dan akan menghubungkan Gedong ke kawasan-kawasan utama seperti Kota Samarahan, Lingga, Meludam dan Sri Aman.

Menurut beliau, pembangunan ini merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk memastikan pembangunan luar bandar setara dengan kawasan bandar.

“Jika kita melihat peta, kita dapat melihat bahawa pembangunan bermula dari Batang Sadong dan Batang Samarahan. Dari Serian, pembangunan akan bermula di Gedong, dan dari Gedong, ia akan menjurus ke Semarahan.

“Dari Samarahan, perjalanan seterusnya akan menuju ke Sebuyau, dan dari Sebuyau, ia akan diteruskan ke Lingga dan Meludam. Jalan raya ini akan terus ke Simanggang (Sri Aman) dan seterusnya ke Betong.

“Jaringan jalan raya yang dibangunkan bermula dari Gedong dengan jalan empat lorong iaitu ‘dual carriageway’ yang menghubungkan kawasan Asajaya dan Sadong Jaya, yang kini menjadi nadi utama pembangunan di kawasan tersebut,” kata beliau

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong 2025, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Wakil Khas Premier Sarawak di Gedong, Dato Sri Mohd Naroden Majais dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Mengulas lanjut, Abang Johari turut menekankan bahawa jaringan jalan raya yang dibangunkan bermula dari Gedong dengan jalan empat lorong yang menghubungkan kawasan Asajaya dan Sadong Jaya, yang kini menjadi nadi utama pembangunan di kawasan tersebut.

Jelas Abang Johari lagi, pembangunan infrastruktur ini dijangka memberikan impak besar kepada ekonomi kawasan sekitar dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta kemudahan kepada penduduk setempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan