Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai empat orang terbunuh dalam kemalangan membabitkan kereta kabel berhampiran bandar Naples di selatan Itali pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita nasional Itali. Foto Corpo Nazionale Soccorso Alpino e Speleologico - CNSAS (Facebook)

Empat terbunuh dalam insiden kereta kabel di selatan Itali

ByBernama

LONDON, 18 April: Seramai empat orang terbunuh dalam kemalangan membabitkan kereta kabel berhampiran bandar Naples di selatan Itali pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita nasional Itali, ANSA.

Kereta kabel itu dilaporkan jatuh terhempas dalam keadaan cuaca buruk di Gunung Faito, berdekatan Sorrento.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah telah dibawa ke hospital, menurut kenyataan pasukan penyelamat.

Rakaman yang disiarkan oleh penyiar awam RAI menunjukkan 16 lagi penumpang dari sebuah kereta kabel berasingan berjaya diselamatkan.

Ketua Wilayah Campania yang merangkumi Naples, Vincenzo De Luca memberitahu RAI bahawa usaha menyelamat sukar dilakukan akibat keadaan berkabus dan angin kencang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan