Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin bercakap kepada media selepas menerima mesin dialisis oleh Lions Club of Miri Host, Miri Central, Marudi Mandarin dan Miri Lutong. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Bayar dialisis ikut kemampuan kewangan

BySalasiah Safian

MIRI, 18 Apr: Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Permyjaya Miri menyediakan perkhidmatan mengikut kemampuan pesakit.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ia beroperasi atas dasar amal dan bukan untuk keuntungan.

“Malah, lebih 90 peratus pesakit di sini memerlukan subsidi iaitu bantuan daripada orang ramai.

“Di pusat ini, pesakit hanya perlu membayar RM150 untuk setiap sesi dialisis berbanding pusat perubatan swasta yang mungkin lebih RM200 bagi setiap sesi.

“Kebanyakan pesakit yang datang ke sini disyorkan oleh Hospital Miri atau dari hospital lain. Pesakit memang dari Miri tetapi pusat ini turut menerima pesakit dari daerah lain,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Miri berkata demikian kepada media selepas menerima sumbangan mesin dialisis oleh Lions Club of Miri Host, Miri Central, Marudi Mandarin dan Miri Lutong di sini, hari ini.

Kim Shin menjelaskan, terdapat pesakit yang hanya mampu untuk membayar RM10 setiap dialisis dan ia akan dipertimbangkan.

“Sebahagian daripada mereka adalah pesakit yang sangat miskin. Mereka hanya mampu membayar RM10 setiap dialisis. Kami juga menerima RM10 setiap dialisis tetapi kami sentiasa membuat semakan latar belakang kewangan mereka dan sebagainya dan jawatankuasa akan memutuskan berapa banyak subsidi yang perlu diberikan,” ujarnya.

Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Permyjaya Miri adalah pusat terbesar di Sarawak dan salah satu yang terbesar di Malaysia.

Seramai 327 pesakit menerima rawatan dialisis di pusat tersebut dengan 114 mesin dialisis.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan