Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safiee Ahmad menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima di Daro. Foto Pusat Khidmat ADUN N.43 Daro

Bantu NGO laksana program bermanfaat

DARO, 18 Apr: Sebanyak RM183,000 disumbangkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Tanah Besar Daro, Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Daerah Daro 2025, semalam.

Sumbangan tersebut turut merangkumi RM25,000 kepada Jawatankuasa Perayaan Daerah Daro selaku penganjur majlis.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad ketika merasmikan majlis yang bertemakan Raya Serumpun itu.

Menurut Safiee, sumbangan berkenaan bertujuan membantu NGO melaksanakan pelbagai program pendidikan, kebajikan dan dakwah selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak ke arah masyarakat yang inklusif dan sejahtera.

Pada majlis sama, Safiee yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro (LAKMD) turut menyampaikan sumbangan tambahan sebanyak RM10,000 bagi menjayakan penganjuran majlis tersebut.

Majlis turut dimeriahkan dengan penyertaan 43 gerai yang terdiri daripada agensi kerajaan, JKKK, NGO serta pelbagai persatuan dan kelab.

Pelbagai acara menarik diadakan termasuk persembahan hiburan, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah bagi pertandingan gerai tercantik mengikut kategori.

Turut hadir Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, Timbalan Residen Bahagian Mukah, Shafrie Saili dan Pegawai Daerah Daro, Zul Usup.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan