Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri "Raya Kali Tok" di Kuching pada Khamis.

AZAM sampaikan dasar dalam bahasa mudah difahami

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 18 Apr: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang maklumat melibatkan dasar kerajaan dan pemahaman rakyat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak amat menghargai usaha AZAM menterjemah dasar yang kompleks kepada naratif mudah difahami pelbagai lapisan masyarakat terutama komuniti luar bandar dan belia.

“AZAM berjaya menyampaikan bahasa dasar yang kompleks menjadi bahasa boleh diakses oleh rakyat biasa, ini satu pencapaian besar.

“Ini penting, walaupun dasar kita bagus namun tidak disampaikan kepada kumpulan sasar, ia tidak memberi kesan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri “Raya Kali Tok” di Kuching pada Khamis.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana RM450 juta dalam Belanjawan 2025 untuk bantuan rakyat seperti makanan, baik pulih rumah dan skim perumahan untuk golongan B40.

Bagaimanapun katanya, kejayaan dasar tersebut sangat penting menerusi komunikasi efektif dan difahami rakyat.

“Kita ada program bantuan deposit rumah RM10,000 untuk golongan B40, hanya di Sarawak. Tapi persoalannya, adakah rakyat tahu? Di sinilah peranan organisasi seperti AZAM menjadi amat penting,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menyeru lebih banyak kerjasama melibatkan AZAM dengan agensi lain bagi menangani jurang maklumat secara lebih sistematik melalui pendekatan komunikasi yang kreatif, bersifat akar umbi dan berteraskan digital.

“Kalau perlu bergabung, kita mesti bergabung. Kita perlukan rangkaian dan kolaborasi lebih luas dan ia satu penanda aras serantau untuk media, belia, komuniti dan suara-suara luar bandar,” jelasnya.

Kolaborasi strategik seperti itu akan mengukuhkan kedudukan Sarawak bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga sebagai contoh di peringkat ASEAN dan antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan