Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ketika dalam ucapannya. Foto TVS

Warga kerja muda Yayasan Sarawak dinasihat tingkat potensi pendidikan

KUCHING, 17 April: Warga kerja Yayasan Sarawak terutama pegawai muda dan baru dinasihatkan untuk meningkatkan potensi diri khususnya melalui pendidikan.

Saranan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak itu ekoran mahu mereka membangunkan diri dan kerjaya masing-masing.

“Antara yang boleh dijadikan contoh katanya adalah Mantan Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mersal Abang Rosli yang memulakan kariernya sebagai Pembantu Tadbir dan pada masa yang sama menyambung pengajian sehingga peringkat Sarjana sebelum mengalas tugas sebagai Pengarah Yayasan Sarawak dan berkhidmat selama 43 tahun.

“Ini adalah satu pencapaian yang luar biasa

“Saya tidak nampak anda semua khususnya golongan-golongan baru muda ini tidak dapat mencontohi apa yang telah dicapai oleh mantan-mantan Pegawai Kanan Yayasan Sarawak,” katanya lagi.

Mohamad Abu Bakar berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Jasamu Dikenang, Yang Berbahagia Datu Mersal Abang Rosli di sebuah hotel terkemuka pada Rabu.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mohamad Junaidi Mohidin dan Naib Canselor Kolej Universiti I-Cats (ICATS), Professor Emeritus Datuk Ts Dr Kadim Suaidi.

Dalam pada itu, mantan Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mersal Abang Rosli mahu kakitangan Yayasan Sarawak senantiasa berkerjasama dan bersatu hati dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab di institusi itu.

Selain mendengar arahan dari Pegawai Kanan, Mersal juga berharap kakitangan di Yayasan tidak membawa haluan sendiri selain memberikan kerjasama penuh kepada Pengarah Yayasan Sarawak yang baru, Datu Mohamad Junaidi Mohidin sekali gus menjadikan institusi itu cemerlang dari sudut perkhidmatan yang ditawarkan.

“Berikan sokongan (sama) kepada Datu Mohamad Junaidi Mohidin. Sokongan anda diperlukan beliau untuk memastikan Yayasan seperti didalam moto kita, yayasan yang terbaik di dunia

“Kita tidak katakan kita yayasan terbaik dari segi duit tapi dari segi lain, dari penyampaian perkhidmatan

“Kita mahu memberi perkhidmatan sama baik dengan perkhidmatan yang diberi oleh (badan) korporat ataupun kerajaan diperingkat dunia,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan