Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Bintulu mengesahkan kejadian video tular berdurasi 0.4 saat seorang wanita berusia lingkungan 20-an membunuh diri di Jambatan Jepak Bintulu pada 24 Mac lalu adalah berita palsu. Foto IPD Bintulu

Video wanita bunuh diri di Jambatan Jepak palsu

BINTULU, 17 April: Polis Bintulu mengesahkan video tular berdurasi 0.4 saat seorang wanita berusia lingkungan 20-an membunuh diri di Jambatan Jepak Bintulu pada 24 Mac lalu adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut adalah tidak benar seperti mana yang digembar-gemburkan di media sosial.

“Pihak polis sentiasa komited memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman di Bintulu terus terpelihara.

“Polis mengesahkan kejadian bunuh diri di Jambatan Jepak Bintulu merupakan berita palsu, tidak seperti mana yang dipaparkan dalam media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi tidak tepat yang mampu menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

“Satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Rakaman percakapan saksi-saksi telah diambil dan kertas siasatan sedang dilengkapkan.

“Kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Bintulu. Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Bintulu pada hari ini bagi tujuan pertuduhan yang mana memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya.

“Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Bintulu Tuan Leo Saga dan telah dijatuhi hukuman denda RM8,000,” ujarnya.

Nixon berkata, polis tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu yang menyalahi undang-undang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan