Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menara Kuala Lumpur merupakan salah satj mercu tanda di ibu negara yang menjadi tarikan pelancong. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Syarikat baharu urus Menara KL setuju ambil semula 193 pekerja lama

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 17 April: Seramai 193 daripada keseluruhan 205 pekerja Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) yang telah ditamatkan perkhidmatan pada 31 Mac lepas telah diserap semula oleh syarikat pengurusan baharu, LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kementerian akan memastikan kebajikan pekerja terbela dan menetapkan syarat agar kesemua kakitangan berpengalaman ditawarkan semula pekerjaan tanpa sebarang pengurangan gaji atau faedah.

“Sebelum ini kita (Kementerian Komunikasi) telah meminta supaya syarikat baharu itu untuk mengambil semua pekerja kerana ramai dalam kalangan mereka telah berkhidmat selama 17 hingga 20 tahun.

“Mereka tahu selok-belok (keadaan) bangunan kerana telah lama bekerja di situ, maka syarikat baharu telah menawarkan mereka kontrak, “ katanya pada sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu Menara Kuala Lumpur berada dalam keadaan tidak baik dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan serta pemulihan sebelum ia dibuka semula kepada orang ramai.

Beliau menjelaskan, perkara itu diketahui selepas kementeriannya melawat menara berkenaan dan mendapati bangunan itu berada dalam keadaan teruk.

“Ia tidak berada dalam keadaan yang baik dan selesa untuk dikunjungi, malah kita lihat ada ‘rail’ yang berada di ‘deck’ yang kita minta untuk diturunkan.

“Syarikat baharu perlu segera melakukan penyelenggaraan dan penambahbaikan termasuk aspek-aspek keselamatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi sekali lagi mengulangi bahawa Menara Kuala Lumpur adalah milik penuh Kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi MKLSB sebelum ini telah diusir kerana kontraknya tamat pada 31 Mac dan enggan mengosongkan premis itu. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan