Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Dzaffir Mohd Yusoff berkata suspek yang berusia 67 tahun itu ditahan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, susulan beberapa laporan polis terhadapnya. Foto fail Bernama.

Seorang lagi suspek kes culik remaja di Seremban direman

ByBernama

SEREMBAN, 17 April: Seorang lagi suspek direman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes culik remaja dengan permintaan wang tebusan RM2 juta pada 10 April lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata perintah reman terhadap wanita berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran, pagi ini.

Beliau berkata suspek ditahan pada 12.55 tengah hari semalam di Cheras, Kuala Lumpur dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961.

Media sebelum ini melaporkan seorang suspek kes culik remaja perempuan di Seremban pada 10 April lepas ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Susulan itu, enam individu termasuk tiga wanita berusia 20 hingga 31 tahun direman 14 hari bermula 14 April lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan