Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka RECODA, pada Khamis. Foto Faitullah Morni (TVS)

Projek Jambatan Long Jekitan dalam proses tender

ByConnie Grace

KUCHING, 17 Apr: Projek pembinaan jambatan baharu di Long Jekitan kini berada dalam proses tender dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dijangka mengeluarkan tender bagi projek tersebut bulan depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, projek itu diharapkan dapat memberikan penyelesaian jangka panjang terhadap masalah keselamatan yang dihadapi oleh penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

“Setelah beberapa kali permohonan dibuat, JKR kini sedang dalam proses tender untuk pembinaan jambatan baru.

‘Ini adalah langkah penting untuk memperbaiki keadaan infrastruktur dan mengurangkan risiko yang dihadapi oleh pengguna jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka RECODA, pada Khamis.

Selain itu katanya, projek tersebut dijangka memberikan penyelesaian lebih baik kepada akses utama Long Jekitan yang kini bergantung sepenuhnya kepada satu-satunya jalan yang ada.

Jelasnya, jambatan baharu yang dicadangkan bakal menggantikan struktur sedia ada yang tidak lagi mampu menampung keperluan lalu lintas terutama dalam cuaca buruk dan keadaan jalan yang berisiko tinggi.

Gerawat berkata, projek tersebut akan membawa perubahan besar dan pihak berkuasa juga akan terus memantau keadaan jalan bagi memastikan keselamatan penduduk dan pengguna jalan dalam tempoh sementara menunggu projek selesai.

“Saya berharap projek ini dapat dilaksanakan dengan segera dan memberikan manfaat yang besar kepada penduduk Longdegitan serta meningkatkan keselamatan di kawasan ini,” ujarnya.

Terdahulu, pada 14 April lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan ditemui meninggal dunia manakala bapanya masih hilang selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki dihanyutkan arus deras di Sungai Sengayan, Long Jekitan, Baram. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan