Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah merakamkan foto kenangan bersama ahli jawatankuasa Sukan Olimpik Khas Negeri Sarawak Edisi Ketujuh 2025 di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Persiapan Sukan Olimpik Negeri Sarawak Ketujuh hampir siap

KUCHING, 17 April: Persiapan penganjuran Sukan Olimpik Negeri Sarawak Edisi Ketujuh 2025 sudah mencapai 90 peratus.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kementeriannya dan semua jawatankuasa yang dilantik sedang membuat persiapan dengan teliti berbekalkan pengalaman Sukan Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Edisi ke-21 tahun lalu.

Beliau turut yakin keselesaan dan keperluan atlet, pengiring serta pegawai sukan yang bertandang ke Kuching terjamin dengan adanya kemudahan perkampungan sukan serta keperluan logistik yang mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

Temasya sukan tersebut katanya akan memberikan peluang kepada atlet OKU khasnya yang mengalami masalah mental untuk membuktikan keupayaan dalam beberapa disiplin sukan yang dipertandingkan nanti.

“Temasya ini merupakan lapangan untuk membolehkan mereka tampil ke hadapan dan pada yang sama mencuba selain memberi peluang kepada mereka untuk merasa momen manis kemenangan dalam satu-satu pertandingan itu.

“Kemenangan itu akan memberi satu keyakinan kepada mereka dan kita harap dengan merasai pengalaman kemenangan ini, mereka akan kembali beraksi di masa mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sukan Olimpik Khas Negeri Sarawak Edisi Ketujuh 2025 di Kuching pada Khamis.

Katanya, temasya sukan yang menelan belanja RM1.9 juta itu akan disertai lebih 800 atlet serta pegawai pengiring dari seluruh Sarawak yang berentap dalam tujuh acara sukan merangkumi olahraga, renang, badminton, boccia, ping-pong, boling dan bola sepak.

Sukan Olimpik Khas Negeri Sarawak Edisi Ketujuh 2025 bakal berlangsung bermula 2 hingga 5 Mei nanti.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan