Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebagai tanda penghargaan terhadap lawatan bersejarah Presiden China Xi Jinping ke Malaysia, kira-kira 200 warga China yang terdiri daripada pelajar berkumpul di luar hotel penginapannya di sini untuk mengucapkan selamat jalan kepada pemimpin tertinggi negara itu. Foto Bernama

Persahabatan China-Malaysia kekal abadi

ByBernama

PUTRAJAYA, 17 April: Sebagai tanda penghargaan terhadap lawatan bersejarah Presiden China Xi Jinping ke Malaysia, kira-kira 200 warga China yang terdiri daripada pelajar berkumpul di luar hotel penginapannya di sini untuk mengucapkan selamat jalan kepada pemimpin tertinggi negara itu.

“Persahabatan China-Malaysia kekal abadi” – itulah kata-kata yang dilaungkan mereka sebagai simbolik kepada berakhirnya lawatan negara Xi ke Malaysia hari ini.

Dalam suasana yang dilihat penuh bersemangat, mereka turut membawa sepanduk yang tertera kata-kata “Persahabatan China-Malaysia kekal abadi”, di samping mengibarkan bendera China dan Malaysia serta melaungkan kata-kata sokongan kepada Presiden Xi.

Sambutan itu mencerminkan hubungan erat antara rakyat kedua-dua negara yang terbina atas asas saling menghormati dan persefahaman.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata China kekal sebagai rakan dagang paling penting Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan kekalutan sistem perdagangan global ketika ini susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS).

Xi pula menzahirkan keyakinan Malaysia akan terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang di bawah kepimpinan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Anwar.

Xi berkata Malaysia telah berkembang pesat dan mencapai kemajuan besar dalam pemodenan sejak kali terakhir beliau melawat negara ini 12 tahun lepas.

Lawatan negara tiga hari Xi ke Malaysia yang bermula Selasa adalah atas undangan Sultan Ibrahim akan berakhir hari ini.

Ia adalah sebahagian daripada siri Lawatan Negara pertama Presiden China tahun ini, yang turut merangkumi Vietnam dan Kemboja.

Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974. Kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun lepas.

Selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009, China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM484.12 bilion pada 2024, mewakili 16.8 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan global Malaysia (RM2.88 trilion). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan