Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Professor Emeritus Datuk Ts Dr Mohamad Kadim merakam gambar kenangan bersama peserta forum. Foto TVS

Pengambilan pertama pelajar Kejuruteraan Aeroangkasa Ogos tahun ini

KUCHING, 17 Apr: Pengambilan kumpulan pertama bagi jurusan Ijazah Kejuruteraan Aeroangkasa di Kolej Universiti i-CATS bermula pada Ogos tahun ini.

Naib Canselornya, Professor Emeritus Datuk Dr Mohamad Kadim Suhaidi berkata, selain program itu, turut dicadangkan penubuhan sebuah Pusat Penyelidikan Aeroangkasa dan Teknologi Satelit (ICAS) bagi pembangunan satelit orbit rendah.

“Kita akan mengetengahkan potensi Sarawak dalam pembangunan satelit orbit rendah di bumi.

“Satelit orbit rendah ini ketinggiannya hanya dalam 300 km altituted,” katanya.

Beliau berkata demikiam ketika berucap pada Forum Transformasi Aeroangkasa Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini pada Khamis.

Tambahnya, selain jurusan itu, i-CATS turut menawarkan dua lagi program baharu iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Avionik dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kerangka Pesawat pada tahun hadapan.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Kolej i-CATS, Professor Dato Dr Shazali Abu Mansor dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa, Professor Dr Shuhaimi Mansor.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan