Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar, ketika melakukan lawatan kepada Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Agus Subiyanto di ibu pejabat TNI semalam. Foto David Andreas (TVS)

Malaysia, Indonesia sepakat tambah pos bersama di sempadan Borneo

ByTVS

JAKARTA, 17 April: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk menambah bilangan pos bersama kendalian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) di sepanjang sempadan.

Perkara itu disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar, selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Agus Subiyanto, serta Menteri Pertahanan Indonesia, Sjafrie Sjamsoeddin dalam lawatan kerjanya di sini pada Rabu.

Menurut Nizam, inisiatif itu telah diputuskan kedua-dua negara apabila angkatan tentera masing-masing akan menambah pos bagi mempermudah komunikasi dan perkongsian maklumat.

“Masalah sekarang ini kami lihat bagaimana mempertingkatkan perkongsian maklumat supaya isu-isu sempadan boleh ditangani bersama secara baik dengan komunikasi yang bersepadu dan juga mengawasi jenayah rentas sempedan,” katanya.

Beliau menambah bahawa pada masa ini, pos-pos yang tersebar di antara kedua-dua negara terletak pada jarak yang berlainan, menyebabkan kesukaran untuk berkoordinasi, walaupun Malaysia dan Indonesia berkongsi sempadan yang panjang.

Selain isu sempadan, kedua-dua negara turut bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara syarikat industri pertahanan, termasuk pengeluaran produk yang akan digunakan bersama.

Seterusnya perincian lanjut mengenai kerjasama ini akan diperhalusi pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) tahun ini.

Lawatan kali ini turut bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala, khususnya dalam bidang pertahanan, sekaligus memperkuat kestabilan dan cabaran keamanan serantau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan