Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Presiden China Xi Jinping pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) sempena Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia di Kompleks Seri Perdana pada Rabu. Foto Bernama

Malaysia, China teroka kerjasama tenaga produktif berkualiti baharu

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 April: Malaysia dan China bersetuju untuk bekerjasama meneroka bidang tenaga produktif berkualiti baharu termasuk sains, teknologi dan inovasi.

Kedua – dua negara juga berminat bekerjasama dalam bidang lain termasuk ruang angkasa, pembangunan vaksin dan pertanian.

Dalam Kenyataan Bersama sempena Lawatan Negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia yang berakhir hari ini, Putrajaya dan Beijing menyatakan komitmen untuk memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Bersama antara kerajaan mengenai Kerjasama Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Menerusi pelaksanaan Projek Penyelidikan Bersama China-Malaysia dan Program Pertukaran Sains dan Teknologi Antara Rakyat, kedua-dua pihak menyasarkan untuk mewujudkan platform penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama, termasuk makmal, meningkatkan kerjasama dalam taman-taman sains dan pemindahan teknologi, di samping memupuk kerjasama dalam teknologi baru muncul.

“Berpandukan prinsip kesaksamaan dan faedah bersama, kedua-dua negara juga menyatakan kesediaan mereka untuk memajukan keupayaan angkasa lepas, memupuk pembangunan ekonomi angkasa lepas, memacu kemajuan teknologi, dan menyumbang kepada keselamatan negara.

“Kedua-dua pihak mengiktiraf potensi besar untuk mengukuhkan perkongsian di bawah perjanjian antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Kerjasama Angkasa Lepas dan Penggunaan Aman bagi rangka kerja kerjasama Angkasa Lepas,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu kedua – dua negara juga berhasrat untuk mewujudkan titik pertumbuhan baharu dan pembangunan dalam bidang termaju.

“Pembangunan itu termasuk bagi sektor pembuatan termaju, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi kuantum, selain memperdalam kerjasama bandar pintar, dan mengukuhkan pembangunan bersepadu perindustrian dan rantaian bekalan.

“Langkah itu adalah susulan pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia Malaysia dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China pada Rabu.

“Kedua-dua pihak berharap untuk meneroka potensi kerjasama dalam industri semikonduktor bagi mengekalkan kestabilan perindustrian dan rantaian bekalan,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dan rakan sejawatnya juga mengakui bahawa sektor e-dagang merupakan pemangkin dalam perdagangan dan pertumbuhan ekonomi, inovasi serta pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS).

Sehubungan itu, kedua-dua negara juga akan memperdalam kerjasama sedia ada dalam ekosistem e-dagang bagi menyumbang ke arah hubungan ekonomi yang mampan dan akan membawa manfaat ketara kepada ekonomi Malaysia dan China.

“Kedua-dua pihak akan terus menggalakkan perusahaan unutk mempromosi kerjasama dalam bidang tenaga baharu berdasarkan prinsip perniagaan, dan bersama-sama mencipta bentuk hijau baharu ekonomi,” menurut kenyataan. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan