Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah Kapal Pengawal Pantai China dilihat melepasi Kapal Pengawal Pantai Filipina BRP Cape Engano di Sabina Shoal di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada 26 Ogos 2024. Foto, AFP.

Malaysia-China setuju pertikaian Laut China Selatan diselesai secara aman

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 April: Kerajaan Malaysia dan China bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian berhubung isu Laut China Selatan secara damai, menerusi rundingan selaras dengan undang-undang antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 Konvensyen Undang-undang Laut.

Menurut Kenyataan Bersama Malaysia – China, kedua-dua pihak akan bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) secara berkesan dan menyeluruh.

“Kedua-dua pihak juga menanti Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan dimuktamad pada 2026 seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Mempercepat Kesimpulan Awal COC yang berkesan dan substantif,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kedua-dua negara juga menekankan kepentingan untuk semua pihak mengelak tindakan atau aktiviti yang boleh meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan.

“Malaysia dan China mengiktiraf bahawa penglibatan pihak yang tidak berkenaan secara langsung dalam isu itu akan menyebabkan keadaan menjadi tidak produktif,” menurut kenyataan.

Menurut kenyataan, kerjasama maritim merupakan komponen penting dalam Perkongsian Strategik Komprehensif antara Malaysia dan China.

Sehubungan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan komunikasi dan penyelarasan bagi memupuk kerjasama maritim yang lebih utuh.

“Kedua-dua pihak akan meneroka peluang kerjasama dalam bidang maritim sains dan teknologi, dan meneruskan perbincangan mengenai pembaharuan dan menandatangani perjanjian untuk meningkatkan lagi kerjasama,” menurut kenyataan.

Kenyataan Bersama itu menyusul sejurus Jinping hari ini berlepas ke Kemboja selepas menamatkan Lawatan Negara selama tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Air China membawa Jinping dan delegasinya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.04 pagi.

Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi kedua Jin Ping ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas lawatan pertamanya pada 2013 yang menyaksikan kedua-dua negara menaik taraf hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan