Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warganegara Indonesia maut selepas ditetak rakan senegara menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang sawit di Pantu, Sri Aman petang semalam. Foto IPD Sri Aman

Lelaki Indonesia maut ditetak rakan senegara

SRI AMAN, 17 April: Seorang lelaki warganegara Indonesia maut selepas ditetak rakan senegara menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Pantu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintendan Dennis Bunyam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.30 petang semalam.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati satu mayat lelaki terbaring tidak bernyawa dengan terdapat kesan luka di bahagian leher, lengan kanan, tangan kanan, paha kanan dan tapak kaki disyaki ditetak dengan objek tajam dipercayai parang.

“Mangsa merupakan pekerja ladang kelapa sawit warganegara Indonesia, berusia 35 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek dikenali dengan panggilan nama Bakri Zaini berusia 45 tahun warganegara Indonesia juga pekerja ladang kelapa sawit.

“Sebelum melarikan diri, suspek juga bertindak membakar rumah kuarters pekerja menyebabkan 12 unit kuarters pekerja ladang tersebut terbakar keseluruhan.

“Motif kejadian dipercayai berpunca daripada masalah peribadi antara saspek dengan mangsa,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 / 435 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan