Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka "Rindok Raya" Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA). Foto Faitullah Morni (TVS)

Kerjasama Affin Bank, Ambank hanya spekulasi

ByConnie Grace

KUCHING, 17 Apr: Dakwaan Affin Bank menjalinkan kerjasama strategik dengan Ambank hanya spekulasi sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pemerhati industri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, setakat ini tiada perbincangan rasmi yang dijalankan melibatkan kedua-dua institusi kewangan tersebut.

“Kalau nak minang, mesti tanya bapaknya dulu, spekulasi ini tidak benar dan tiada sebarang perbincangan yang sedang berlaku,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka RECODA, pada Khamis.

Menurutnya, beliau juga tidak mengetahui mengenai perkara tersebut dan menganggap ia sebagai khabar angin tidak berasas.

Beliau menambah, spekulasi tersebut hanya merumitkan keadaan tanpa sebarang bukti sah.

“Tidak ada sebarang perbincangan yang sedang dijalankan. Semua ini adalah spekulasi semata-mata,” ujarnya.

Abang Johari berkata, meskipun timbul pelbagai khabar angin tersebut, Kerajaan Sarawak tetap fokus kepada pencapaian dan perkembangan wilayah ini  serta projek yang memberi manfaat kepada rakyat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan