Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Insiden kematian ikan di pantai Kampung Kuala Nyalau yang tular di media sosial baru-baru ini tiada kaitan dengan pencemaran air laut.

Kematian ikan bukan disebabkan pencemaran laut

BINTULU, 17 April: Insiden kematian ikan di pantai Kampung Kuala Nyalau yang tular di media sosial baru-baru ini tiada kaitan dengan pencemaran air laut.

Memetik laporan Suara Sarawak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, hasil siasatan yang dijalankan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Jabatan Alam Sekitar (DOE) pada 11 April lalu mendapati air laut di kawasan terbabit berada dalam keadaan normal serta selamat.

“Bacaan kualiti air yang diambil melibatkan tahap oksigen terlarut (DO), kemasinan, konduktiviti, kekeruhan dan pH, kesemuanya dalam paras yang selamat tanpa tanda-tanda pencemaran.

“Tiada kesan tumpahan minyak atau bahan kimia dikesan di permukaan air,” katanya.

Berdasarkan maklumat penduduk setempat menurutnya, kemungkinan kematian ikan disebabkan oleh pembuangan ikan kecil oleh bot tunda (trawler) yang beroperasi di kawasan tersebut dan bukan akibat pencemaran air.

“NREB memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Maritim Malaysia untuk tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya,” ujarnya.

Menurut Pang, pihaknya akan terus berhubung rapat dengan agensi berkaitan termasuk Jabatan Maritim Malaysia, Jabatan Perikanan dan Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk memastikan pemantauan ketat dilaksanakan demi mencegah kejadian sama berulang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan