Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ismail Abang Saufi bersama-sama Exco PSS

Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak kembali

KUCHING, 17 April: Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 kembali menemui peminatnya pada 20 hingga 22 Jun depan.

Memetik laporan Suara Sarawak, Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Saufi berkata, Bahagian Samarahan dipilih sebagai tuan rumah untuk kejohanan kali ini.

“Kita bermesyuarat bersama-sama barisan exco bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk penganjuran Piala Sarawak 2025.

“Bahagian Samarahan dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan yang akan berlangsung dari 20 hingga 22 Jun nanti,” katanya pada sidang media semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman beliau.

Bagaimanapun menurutnya, gelanggang bagi kegunaan pasukan terlibat dalam kejohanan tiga tersebut masih belum dimuktamadkan.

Piala Sarawak merupakan antara kejohanan berprestij PSS yang dianjur secara dwitahunan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan