Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Google disaman £5 bilion di UK atas dakwaan persaingan tidak adil dalam iklan carian

ByBernama

MOSCOW, 16 April: Gergasi teknologi Amerika Syarikat, Google, disaman sebanyak £5 bilion (US$6.6 bilion) di United Kingdom (UK) atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam pasaran enjin carian, lapor beberapa media pada Rabu menurut Sputnik/RIA Novosti.

Dalam saman yang difailkan di Tribunal Rayuan Persaingan UK itu mendakwa Google menyekat persaingan secara tidak adil untuk meningkatkan pendapatan daripada iklan carian dalam talian, dengan menggunakan “penguasaan hampir sepenuhnya” dalam pasaran, menurut laporan CNBC.

Tuntutan berkenaan difailkan oleh ratusan ribu syarikat yang berpangkalan di UK dan telah menggunakan perkhidmatan iklan carian Google sejak 2011, kata laporan itu.

Plaintif mendakwa syarikat teknologi AS itu menyalahgunakan kedudukannya dengan menyekat operasi enjin carian pesaing, sekali gus menjadikan platform miliknya satu-satunya tempat bagi tujuan pengiklanan.

Google turut didakwa membuat perjanjian dengan pengeluar telefon pintar untuk memasang awal enjin carian Google dan pelayar Chrome dalam peranti Android, serta membayar berbilion dolar kepada Apple bagi menjadikan Google sebagai enjin carian yang ditetapkan dalam pelayar Safari.

Pada 23 Januari lepas, Kerajaan UK menerbitkan kenyataan daripada Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran UK (CMA) yang memaklumkan pihaknya akan melancarkan siasatan terhadap Google dan Apple bagi menilai kesan penguasaan pasaran mereka terhadap persaingan.

CMA menyatakan bahawa semua peranti mudah alih yang dijual di UK didatangkan dengan sistem iOS atau Android, menjadikan stor aplikasi dan pelayar kedua-dua syarikat itu berada pada kedudukan eksklusif atau dominan, berbanding produk alternatif lain, sekali gus mempengaruhi sebahagian besar kandungan, perkhidmatan dan aplikasi yang dimuat turun oleh pengguna.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan