Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Fahmi jumpa pengurusan akhbar dapatkan penjelasan isu bendera salah

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 17 April: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan beliau telah bertemu pengurusan akhbar Sin Chew Daily berhubung kesilapan menerbitkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan pada muka hadapannya baru- baru ini.

Fahmi berkata turut menyertai beliau pada pertemuan itu ialah timbalannya, Teo Nie Ching bagi mendapatkan penjelasan.

Kata beliau, perkara itu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana ia melibatkan bahan cetak iaitu surat khabar.

“Ia tidak melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secara langsung.

“SKMM hanya meneliti aspek ‘e-paper’ oleh akhbar itu,” katanya pada sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Sehubungan itu kata beliau Kementerian Komunikasi menyerahkan sepenuhnya kepada KDN untuk menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan kementeriannya akan mengadakan taklimat mengenai tatacara penggunaan dan pempameran lambang kebangsaan iaitu Jalur Gemilang bagi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang.

“Kita akan anjurkan sesi ini untuk rakan-rakan media dan juga unit-unit komunikasi korporat dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan itu boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima.

Akhbar itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman secara terperinci berkaitan insiden itu. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan