Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Sri Aman kini memburu suspek dikenali Bakri Zaini berusia 35 tahun beralamat di Golden Fame Plantation Pantu, Sri Aman, yang dipercayai menetak rakannya menggunakan parang di sebuah ladang kelapa sawit di Pantu. Foto IPD Sri Aman

Bakri Zaini diburu

SRI AMAN, 17 April: Polis Sri Aman kini memburu seorang lelaki warganegara Indonesia yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian rakan senegaranya selepas ditetak menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Pantu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintendan Dennis Bunyam berkata, pihaknya sedang giat meneruskan usaha untuk menjejaki dan menangkap suspek dikenali Bakri Zaini berusia 35 tahun beralamat di Golden Fame Plantation Pantu, Sri Aman.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan terkini suspek diminta untuk segera melaporkan kepada Balai Polis Polis Sri Aman di talian 083-322121 atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah ASP Kalang Buda di talian 019- 3317785 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 / 435 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian petang semalam, seorang lelaki warganegara Indonesia maut selepas ditetak rakan senegara menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Pantu.

Pihak polis menerima laporan berhubung kes itu jam 4.30 petang.

Siasatan di tempat kejadian mendapati satu mayat lelaki terbaring tidak bernyawa dengan terdapat kesan luka di bahagian leher, lengan kanan, tangan kanan, paha kanan dan tapak kaki disyaki ditetak dengan objek tajam dipercayai parang.

Mangsa merupakan pekerja ladang kelapa sawit warganegara Indonesia, berusia 35 tahun.

Sebelum melarikan diri, suspek juga telah bertindak membakar rumah kuarters pekerja menyebabkan 12 unit kuarters pekerja ladang tersebut terbakar keseluruhan.

Motif kejadian dipercayai berpunca daripada masalah peribadi tidak puas hati di antara saspek dan mangsa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan