Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh manakala 73 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan berterusan rejim Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan. Foto fail AFP

Angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 51,065, lebih 116,505 cedera

ByBernama

GAZA, 17 April: Sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh manakala 73 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan berterusan rejim Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.

Menurut laporan itu, jumlah korban rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 51,065 orang, manakala 116,505 lagi dilaporkan cedera. Kebanyakan mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak.

Pasukan kecemasan masih tidak dapat mengakses ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau terbiar di atas jalan raya di wilayah yang dilanda perang, berikutan serangan berterusan tentera pendudukan Israel terhadap anggota pasukan ambulans dan pasukan pertahanan awam, menurut sumber sama.

Serangan genosid Israel berterusan tanpa halangan meskipun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru kepada gencatan senjata segera, dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengeluarkan arahan bagi mencegah pembunuhan beramai-ramai serta meredakan krisis kemanusiaan yang semakin parah di Gaza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan