Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet papan selaju Sarawak Zainul Mutaqien Marzuki, mencatatkan pencapaian cemerlang apabila berjaya muncul juara kategori terbuka dalam Malaysia Extreme Games (MEXG) 2025 yang berlangsung di RAGAS Extreme Centre, Kiara Skatepark, baru-baru ini.

Zainul juara Malaysia Extreme Games 2025 kategori terbuka

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 16 April: Atlet papan selaju Sarawak, Zainul Mutaqien Marzuki, mencatatkan pencapaian cemerlang apabila berjaya muncul juara kategori terbuka dalam Malaysia Extreme Games (MEXG) 2025 yang berlangsung di RAGAS Extreme Centre, Kiara Skatepark, baru-baru ini.

Zainul, yang mewakili pasukan Sarawak Skateboarding Association (SKA) menampilkan aksi luar biasa apabila bangkit daripada kedudukan kesembilan di pusingan awal, sebelum menewaskan semua pencabar di pusingan akhir untuk mengungguli tempat pertama.

Pasukan SKA turut diwakili tiga lagi atlet, terdiri daripada dua atlet senior, seorang atlet junior, dan seorang atlet pelapis.

Bagi Mohd Nur Firdaus yang bermula garang di pusingan awal berjaya menduduki tempat pertama, namun kurang bernasib baik di pusingan akhir dan menamatkan saingan di tempat kelima.

Sementara itu, Muhammad Raqeeb Azizan yang sebelum ini beraksi dalam kategori Junior membuat keputusan berani dengan menyertai kategori sama, selain mampu menunjukkan potensi besar apabila menamatkan pusingan awal di tempat ke-12.

Manakala seorang lagi atlet muda Sarawak Muhammad Rafiudin Azizan yang kini dalam fasa pembangunan, mengakhiri saingan di tempat ke-15.

Kejohanan dua hari ini yang berlangsung pada 12 dan 13 April menghimpunkan seramai 48 peserta dari seluruh negara dalam dua kategori utama, Junior dan Terbuka.

Program yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Kembara Kemanusiaan Malaysia, RAGAS, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Rakan Muda dan Myskate itu bertujuan dengan objektif utama untuk memupuk minat terhadap sukan ekstrem dalam kalangan belia.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found