Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa yang maut di lokasi kejadian selepas terbabit dalam kemalangan di JalanAmber, Sibu Jaya. Foto IPD Sibu

Seorang maut, dua motosikal bertembung di Sibu Jaya

SIBU, 16 April: Seorang lelaki berusia 20 tahun maut manakala seorang remaja 15 tahun cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Sibu Amber, Sibu Jaya pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata siasatan awal mendapati motosikal Honda RS150 yang ditunggang mangsa melanggar belakang motosikal Modenas Kriss yang berhenti di lampu isyarat.

“Akibat pelanggaran, mangsa terbabas dan melanggar pengadang jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Remaja yang cedera dirawat di Hospital Sibu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Zulkipli menasihati penunggang agar sentiasa berwaspada dan mengekalkan jarak selamat di jalan raya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan