Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurulatih MSN, Jamery dan guru pengiring bergambar bersama para peserta pada Program Cari Bakat Sukan Para Renang. Foto TVS

Program Cari Bakat Sukan Para Renang, platform tepat lahir lebih ramai ‘Jamery Siga’

ByTVS

LIMBANG, 16 April: Majlis Sukan Negara (MSN) mensasarkan untuk melahirkan lebih ramai ‘Jamery Siga’ dengan mengasah bakat-bakat atlet muda para renang untuk diketengahkan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Setiausaha Agung Persatuan Renang Para Malaysia Jennifer Yong berkata, Limbang mempunyai ramai atlet berbakat untuk diketengahkan setanding dengan atlet dalam sukan para renang di bahagian lain.

“Sebenarnya Limbang ada seorang atlet kebangsaan paralimpik sebanyak tiga kali iaitu Jamery Siga, dan pencapaian ini menunjukkan Limbang mempunyai ramai bakat.

“Sebab itu MSN datang mencungkil bakat melalui atlet Jamery yang sudah bersara dan menjadi jurulatih untuk program ini berdasarkan pengalamannya selama 25 tahun sebagai atlet kebangsaan,” katanya kepada media ketika ditemui pada Program Cari Bakat Sukan Para Renang di Kolam Renang Limbang hari ini.

Jelas Jennifer, Program Cari Bakat Sukan Para Renang platform tepat untuk mengasah bakat-bakat atlet muda dalam sukan para renang.

Jelasnya, melalui program itu beberapa atlet muda dikenal pasti untuk mewakili Limbang dan Sarawak ke kejohanan kebangsaan dan Kejohanan Sirkit Dua anjuran MSN pada Ogos ini nanti.

Katanya, Kejohanan Sirkit Dua platform tepat kepada semua atlet muda untuk mengasah bakat dan potensi termasuk atlet-atlet dari Bahagian Limbang.

Seramai 24 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah Limbang dan Lawas menyertai program yang diadakan pertama kali di Limbang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan