Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Kanan Strategi Korporat PETROS, Abang Arabi Abang Narudin yang mengetuai delegasi PETROS.

Pengeluaran pertama minyak dari blok SK433 AKW dijangka bermula 2026

ByOdleen Catherny

KUCHING, 16 April: Sarawak bakal menyaksikan satu lagi pencapaian penting dalam sektor tenaga apabila pengeluaran pertama bekalan minyak dari Blok SK433 Adong Kechil West (AKW) di Miri dijangka bermula pada 2026.

Perkembangan ini susulan kejayaan kerja-kerja penggerudian yang dimulakan sejak 11 Oktober 2023, dengan hasil yang positif membuka jalan kepada pelaksanaan pelbagai aktiviti darat dan pembangunan berkaitan.

Dalam usaha memperkukuh kemajuan ini, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah mengadakan satu mesyuarat strategik.

Menurut PETROS dalam kenyataannya memaklumkan, ia bagi membincangkan keperluan pembangunan projek termasuk inisiatif gas kepada tenaga, fasiliti pengeluaran minyak dan gas, serta keperluan tanah bagi menyokong pembangunan Blok SK433.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Kanan Strategi Korporat PETROS, Abang Arabi Abang Narudin yang mengetuai delegasi PETROS.

Menurut Abang Arabi, PETROS komited untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam memastikan kejayaan projek tersebut.

“Kami akan terus berinteraksi dengan pihak berkepentingan, rakan kongsi dan agensi kerajaan yang terlibat semasa meneruskan projek ini. Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami terhadap pembangunan infrastruktur dan kelestarian di Sarawak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Antara inisiatif yang sedang dirancang termasuk pembinaan akses jalan, terminal pemindahan minyak mentah, loji jana kuasa gas di AKW, serta pelbagai projek infrastruktur sokongan lain.

Tambah kenyataan itu lagi, program pengumpulan data darat akan bermula pada suku kedua 2025 dengan penggunaan teknologi Enhanced Full Tensor Gravity Gradiometer (eFTG) yang dijangka meningkatkan pemahaman terhadap potensi hidrokarbon dan mineral di kawasan daratan Sarawak.

Blok-blok darat lain yang turut termasuk dalam pelan pembangunan komprehensif PETROS adalah di kawasan Oya, Mukah, Balingian, Bintulu, Tatau, Miri, Marudi, Lawas dan Limbang – sebagai langkah untuk mengurangkan risiko dan menyokong pembangunan sektor tenaga secara menyeluruh di negeri ini.

Perkembangan ini menandakan satu lagi langkah ke hadapan bagi Sarawak dalam memperkukuh kedudukan sebagai pemain utama dalam industri minyak dan gas negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan