Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah (duduk tengah hadapan) bersama kenamaan lain merakamkan gambar kenangan bersama penerima surat hak milik tanah dan pampasan bagi kawasan yang terlibat semasa majlis hari ini. Foto TVS

Pemilik pertikai punca kerja ukur tanah NCR tergendala

SIBU, 16 April: Pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang mempertikaikan keputusan pengukuran dinasihatkan agar menyelesaikan isu secara damai bagi memastikan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak melakukan kerja pengukuran dapat dilaksanakan dengan baik.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mendedahkan perkara itu berlaku susulan terdapat kerja ukur di kawasan tanah NCR yang masih dalam pertikaian atau yang sedang dalam proses perundangan.

“Selesaikanlah masalah ini dengan baik dan penuh kebijaksanaan. Selepas itu barulah pemohon boleh mengemukakan permohonan baharu untuk menyertai Program Pengukuran Tanah NCR,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah dan Surat Hak Milik Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) bagi Bahagian Sibu, di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Sibu pada Rabu.

Awang Tengah, yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar menegaskan bahawa kesepakatan antara semua pihak yang terlibat amat penting sebelum kerja ukur perimeter boleh dimulakan.

“Jika ada walaupun seorang yang tidak bersetuju, pengukuran tidak akan diteruskan,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa sebarang tuntutan terhadap tanah perlu disertakan dengan bukti yang sah dari segi undang-undang dan mestilah selari dengan rekod yang dimiliki pihak kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bahawa sehingga 27 Februari lalu, pengukuran perimeter telah dilaksanakan ke atas kira-kira 1.19 juta hektar tanah NCR di seluruh Sarawak, di mana lebih 935,000 hektar telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera mengikut Seksyen 6 KTN.

“Sebanyak 98,340 lot individu melibatkan kawasan seluas 117,051 hektar pula telah diukur di bawah Seksyen 18, dengan 32,185 lot (bersamaan 45,000 hektar) telah pun diberikan surat hak milik,” tambah beliau.

Pada majlis tersebut, Awang Tengah menyerahkan 157 surat hak milik kepada 133 penerima dari kawasan Igu/Tamin di Selangau dan Pasai Siong di Sibu.

Selain itu, pampasan berjumlah RM6.79 juta turut diserahkan kepada 365 pemilik tanah yang terlibat dalam pengambilan tanah bagi beberapa projek pembangunan seperti talian penghantaran 500KV Baleh-Mapai, pembinaan jalan di Sungai Lengan, serta kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Salim.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan