Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Chong Shen Chong mengaku bersalah di mahkamah atas tuduhan dengan cuai membiarkan anjing peliharaannya menyerang orang awam pada 1 April lepas. Foto, TVS.

Pemilik anjing Rottweiler didenda RM8,500, haiwan peliharaan cederakan orang awam

BALING, 16 April: Seorang ahli perniagaan warga emas yang juga pemilik anjing Rottweiler didenda RM8,500 selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan cuai sehingga membiarkan haiwannya menyerang orang awam di Taman Desa Bidara Kuala Ketil pada 1 April lepas.

Hakim Najwa Che Mat menjatuhkan hukuman denda RM1,700 atau dua bulan penjara jika gagal bayar bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh, Chong Shen Chong, 69,.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dengan cuai membiarkan anjing peliharaannya menyerang Khadijah Abdullah, 66, sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian lebih kurang pukul 4.45 pagi di kawasan perumahan Taman Desa Bidara.

Manakala pertuduhan kedua pula, Shen Chong didakwa dengan cuai membiarkan anjing yang sama menyebabkan kecederaan ke atas warganegara Mesir, Ahmed Abdeltawwad Moustafa, 28, pada jam lebih kurang pukul 6 pagi di satu kawasan lain di taman berkenaan, pada hari yang sama.

Bagi pertuduhan seterusnya, tertuduh dengan cuai membiarkan anjing terbabit menyebabkan kecederaan ke atas Asyida Nizam Ahmad, 50, pada pukul 6.40 pagi di lokasi berbeza di taman berkenaan.

Seterusnya, tertuduh didakwa cuai membiarkan anjing peliharaannya sehingga menyebabkan kecederaan ke atas Shaik Peer Mohamed Mohamed Mydin, 51, dan Goh Bing Hak, 74, pada jam 7 pagi di medan selera dalam taman berkenaan pada hari yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh manakala tertuduh diwakili  Alvin Kua Tze Min.

Dalam rayuan, pihak pembelaan memohon mahkamah agar mengecualikan hukuman penjara berikutan keadaan tertuduh yang uzur disahkan menghidap kemurungan dan komplikasi jantung serta memerlukan rawatan sepanjang masa.

Jelas Alvin, pengakuan salah telah menjimatkan masa mahkamah selain tertuduh berjanji tidak mengulangi kejadian sama berikutan dua ekor anjing Rottweiler peliharaannya yang terlibat dalam kes terbabit telah dilupuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan