Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Annuar (lapan kiri) ketika program ‘berjarah raya’ di Kampung Hilir pada Selasa. Foto Dr Annuar Rapaee (FB)

Pelajar IPT dijangka terima wang saku Jun depan

SIBU, 16 April: Pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dimohon agar bersabar sementara menunggu penyaluran bantuan wang saku RM1,200 yang dijangka akan disalurkan pada bulan Jun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, sebagai inisiatif baharu ia memerlukan sedikit masa untuk diselaraskan sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Insha-Allah, tahun depan perkara sebegini tidak akan timbul lagi. Memandangkan ini kali pertama, ada beberapa perkara yang perlu kita perhalusi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program ‘Berjarah Raya’ ke beberapa kediaman di Kampung Hilir pada malam Selasa.

Menurut beliau, kementeriannya telah selesai mengadakan perbincangan dengan platform e-dompet S-Pay Global mengenai kaedah penyaluran bantuan, dan pendaftaran dijangka dibuka hujung bulan ini.

“Bantuan akan disalurkan dalam dua fasa iaitu sebanyak RM600 dahulu, diikuti baki RM600,” tambahnya.

Bantuan wang saku berjumlah RM1,200 itu diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19, November tahun lalu.

Pada awalnya, bantuan itu menyasarkan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, namun ia kemudian diperluaskan kepada semua pelajar Sarawak tanpa mengira latar belakang pendapatan, selepas menerima maklum balas daripada ahli dewan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan