Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Mayat bayi ditemui dalam kotak di Lahad Datu

LAHAD DATU, 16 April: Mayat seorang bayi lelaki berbalut dengan kain ditemukan dalam sebuah kotak di sebuah gerai tidak bernombor di Lahad Datu, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, bayi yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan dibalut kain dan ditinggalkan di sebuah gerai tepi jalan yang tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, sekitar jam 2 petang.

Mayat bayi itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Kes pembuangan bayi yang terakhir di Sabah dilaporkan berlaku pada 7 Mac 2025 di Kampung Keramat, Semporna, menjadikannya insiden terkini yang terus membangkitkan kebimbangan mengenai isu ini di negeri berkenaan.

Data daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 56 kes pembuangan bayi direkodkan di Sabah antara tahun 2018 hingga Februari 2024, menjadikannya antara tiga negeri tertinggi mencatatkan kes seumpama itu, menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Dzulbaharin turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau hadir ke balai polis berdekatan – TVS

Tags: bayi, kotak, sabah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan