Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin ketika melancarkan jelajah promosi kempen ‘Visit Malaysia 2026’ (VM2026) di Jakarta. Foto David Andreas (TVS)

Malaysia sasar 4.7 Juta pelancong dari Indonesia pada 2026

ByTVS

JAKARTA, 16 April: Tourism Malaysia menyasarkan seramai 4.7 juta pelancong dari Indonesia akan melawat Malaysia pada tahun 2026.

Perkara itu disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin, yang kini sedang mengetuai jelajah promosi merentasi empat bandar utama di Indonesia bagi memperkenalkan kempen ‘Visit Malaysia 2026’ (VM2026).

Menurut Yeoh, Indonesia merupakan pasaran kedua terbesar dalam industri pelancongan Malaysia, selepas 4.1 juta kemasukan rakyat Indonesia direkodkan pada tahun 2024, dan jumlah ini dijangka terus meningkat setiap tahun.

“Kami yakin bahawa menjelang tahun 2026, Malaysia akan menerima 45 juta pelawat antarabangsa, dan daripada jumlah itu, 4.7 juta kita sasar akan datang dari Indonesia,” katanya.

Tambah beliau, bagi tahun 2025, sasaran kedatangan pelancong dari Indonesia adalah sebanyak 4.37 juta apabila sehingga Februari 2025, kedatangan pelawat dari Indonesia telah mencatatkan angka 774,994 orang, iaitu peningkatan sebanyak 14.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024.

Tourism Malaysia turut giat menjalankan pelbagai inisiatif promosi bagi meningkatkan jumlah pelancong, memanjangkan tempoh penginapan mereka di Malaysia, serta menggalakkan perbelanjaan lebih tinggi sepanjang kunjungan.

Antara aktiviti promosi utama sempena kempen VM2026 termasuk Misi Galakan Pelancongan, Pameran & Ekspo, Perkongsian Pintar, Promosi Bersama, dan aktiviti pengiklanan.

Selain itu, usaha mempertingkat ketersambungan penerbangan terus dari Indonesia turut dipergiat, dengan mencatatkan sebanyak 591 penerbangan terus ke pelbagai destinasi di Malaysia setakat ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan