Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
APM Limbang membantu menghantar pesakit ke hospital selepas terjatuh ke dalam sungai. Foto APM Limbang

Lelaki warga emas selamat selepas jatuh sungai

LIMBANG, 16 April: Seorang lelaki warga emas terselamat selepas terjatuh ke sungai di Kampung Seberang Kedai sebelum di hantar Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang ke hospital hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi yang jauhnya dua kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.33 pagi.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi dimaklumkan mangsa seorang lelaki berusia 70 tahun dalam keadaan lemah akibat terjatuh.

“Anggota bertindak melakukan pemeriksaan terhadap mangsa sebelum menghantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya sekali gus bergerak balik ke PKOD Limbang,” jelasnya.

Katanya operasi mengendikan Kes Sakit (SKT) ditamatkan jam 9 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan