Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota kor diplomatik di Indonesia, wakil ASEAN serta pemimpin organisasi Islam berpengaruh seperti Nahdlatul Ulama telah menandatangani nota takziah sebagai penghormatan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada Isnin. Foto fail AFP

Kor diplomatik di Indonesia dan ASEAN tandatangan buku takziah Tun Abdullah

ByBernama

JAKARTA, 16 April: Anggota kor diplomatik di Indonesia, wakil ASEAN serta pemimpin organisasi Islam berpengaruh seperti Nahdlatul Ulama telah menandatangani nota takziah sebagai penghormatan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada Isnin.

Mereka menandatangani nota takziah di Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan pada Rabu.

Antara yang hadir termasuk dari Azerbaijan, Belarus, Bosnia-Herzegovina, Chile, Emiriah Arab Bersatu, Laos, Jerman, Guatemala, Hungary, Maghribi, Rusia, Singapura dan Yaman. Mereka disambut Duta Besar Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.

Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Datin Sarah Al Bakri Devadason menyambut wakil tetap dan duta ke ASEAN termasuk dari Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Vietnam dan Rusia.

Selain itu, wakil organisasi Islam berpengaruh, Nahdlatul Ulama turut hadir.

Kedutaan membuka buku ucapan takziah untuk anggota kor diplomatik dan masyarakat untuk ditandatangani sehingga Khamis.

Waktu melawat adalah dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari, dan 2 petang hingga 4 petang di kompleks kedutaan terletak di Jalan H.R. Rasuna Said, yang dirasmikan oleh Tun Abdullah pada 9 Febuari 1993.

Tun Abdullah, yang mesra dikenali sebagai “Pak Lah” menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada Isnin malam dan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Selasa.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Luar dari Mac 1991 hingga Januari 1999 memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan Malaysia dengan ASEAN.

Sementara itu, Syed Mohamad Hasrin mewakili seluruh warga kedutaan dan rakyat Malaysia di Indonesia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Abdullah.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan