Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Kolej Komuniti Miri, Harmen Musa dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah di Kolej Komuniti Miri, pada Selesa. Foto BBP Lutong

Kolej Komuniti Miri anjur program keselamatan kebakaran

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 16 Apr: Seramai 69 pelajar dan 22 kakitangan daripada pelbagai bahagian di Kolej Komuniti Miri telah menyertai Program Keselamatan Kebakaran yang diadakan di kampus berkenaan.

Pengarahnya, Harmen Musa berkata, program tersebut penting bagi melatih pelajar dan kakitangan untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran.

“Ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada warga kolej, khususnya pelajar, mengenai langkah awal yang perlu diambil apabila berhadapan dengan situasi sedemikian,” katanya pada satu kenyataan pada Selesa.

Program ini dianjurkan oleh Unit Sijil Penyelenggaraan Industri, Kelab Sijil Penyelenggaraan Industri, dan Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Miri.

“Latihan sebegini lama tidak dijalankan sejak selepas Covid-19 melanda negara,” katanya lagi.

Ia dimulakan dengan ceramah keselamatan kebakaran yang disampaikan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah diikuti sesi asas pertolongan cemas serta latihan kebakaran dan demonstrasi memadam api. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan