Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Bahagian Kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Christopher Alex Boniface Barau mengetuai rombongan kunjungan ke Pejabat Bomba dan Penyelamat Zon Sibu untuk menghadiri sesi perjumpaan bersama Ketua Bahagian Keselamatan Kebakaran Bomba Zon Sibu Sarawak, Azman Julaihi. Foto JPJ Sarawak

JPJ Sarawak adakan perjumpaan bersama Bomba Zon Sibu

SIBU, 16 April: Ketua Bahagian Kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Christopher Alex Boniface Barau telah mengetuai rombongan kunjungan ke Pejabat Bomba dan Penyelamat Zon Sibu untuk menghadiri sesi perjumpaan bersama Ketua Bahagian Keselamatan Kebakaran Bomba Zon Sibu Sarawak, Azman Julaihi.

JPJ Sarawak dalam kenyataannya berkata, sesi perjumpaan ini telah menyentuh beberapa perkara terutamanya dari segi aspek pematuhan syarat-syarat keselamatan bangunan sebelum permohonan Perakuan Bomba bagi premis sewaan pejabat kerajaan.

“Sesi perjumpaan ini turut diadakan sebagai salah satu cara JPJ Sarawak mengeratkan dan mengekalkan hubungan silaturahim yang mesra bersama agensi dalam negeri Sarawak,” kata kenyataan itu.

Melalui sesi perbincangan itu juga, kedua-dua jabatan dapat berkongsi maklumat dan meningkatkan kerjasama dan koordinasi dalam kepakaran serta tanggungjawab masing-masing dalam penguatkuasaan undang-undang yang telah ditetapkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan