Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Chee dan isteri menyerikan sambutan Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PPWS Zon Kabong. Foto Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

Geran khas RM55,000 diperuntuk kepada 11 PPWS Daerah Kabong

KABONG, 16 April: Dana berjumlah RM55,000 diperuntukan kepada semua cawangan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) di Daerah Kabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir mengumumkan khabar baik itu pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PPWS Zon Kabong di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Kabong, pada Selasa.

Menurut beliau, sebanyak 11 cawangan PPWS di daerah berkenaan masing-masing akan menerima RM5,000.

“Sumbangan ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti-aktiviti bermanfaat kepada masyarakat setempat.

“Saya berharap agar semua cawangan PPWS dapat memanfaatkan sumbangan ini sebaik mungkin demi kepentingan dan pembangunan komuniti,” katanya.

Tambah beliau, PPWS memainkan peranan penting dalam memperkasakan wanita di Sarawak, selain menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang dinamik serta penyumbang kepada perubahan positif dalam masyarakat.

Antara cawangan yang terlibat dalam program kali ini ialah PPWS Kampung Baru, PPWS Kampung Hulu, PPWS Kampung Hilir, PPWS Kampung Sungai Endot, PPWS Kampung Muroh dan PPWS Kampung Alit.

Hadir sama Pengerusi PPWS Zon Kabong, Norain Abdullah,Pengerusi PPWS Daerah Saratok, Rajenah Sepawi, Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Daerah Saratok, Kr Johan Rahman; Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK), Ulin Tabur; Wakil Pegawai Daerah Kabong, Nur Fatmazuhra Daim serta ketua-ketua masyarakat setempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan